Iklan sempena Hari Kemerdakaan & Hari Malaysia

Kebanyakan iklan komersial menyampaikan cerita yang bertema Hari Kemerdakaan & Hari Malaysia bagi meraikan hari yang amat penting bagi semua warganegara Malaysia.

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak. Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia. Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos. Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Iklan Merdeka Independence Day Malaysia National Day Hari Kebangsaan Commercial TVC Advert TV Advertisement

1.Iklan Petronas – Percintaan Tan Hong Ming

2.Iklan Proton-Kisah Seorang Budak Sekolah Dan Gurunya

3.Iklan Maxis-Andainya keluarga anda lebih besar dari yang disangka

4.Iklan Digi-We Are Family

5.Iklan Adabi-Malaysia Tetap Di Hati

6.Iklan Telekom-As One We Care

7.Iklan KLIA Malaysia Airports-Malaysiaku Gemilang

8.Iklan Maybank-Kenangilah Peristiwa Yang Menyatukan Kita Bersama

 

Leave a comment