Lagu Jalur Gemilang

 

Lirik lagu untuk Jalur Gemilang ليريک لاݢو جالور ݢميلڠ[sunting | sunting sumber]

Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk di kibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.

 

Benderaku بنديراکو[sunting | sunting sumber]

Sebelum bendera Malaysia diberikan nama “Jalur Gemilang”, lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada “Bendera Malaysia” atau “Benderaku”. Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan “Bendera Malaysia” atau “Benderaku” telah ditukar kepada “Jalur Gemilang”. Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru “Jalur Gemilang“.

Benderaku yang gagah perkasa

Merah putih kuning biru warnanya

Berkibar megah penuh bercahaya

Pusaka kita rakyat Malaysia

 

Bendera Malaysia oh bendera ku

Ku pertahankan sepenuh raga ku

Dikaulah lambang negara berpadu

Di bawah naungan Duli Tuanku

 

Berkibar terus oh bendera ku

Kau kan ku junjung sepanjang waktu

Harumlah nama negara yang tercinta

Padamu tempat taat dan setia

 

Bendera Malaysia bendera kita

Kemegahan rakyat kita semua

Berkibar berkibar di ruang angkasa

Dirgahayu bendera tercinta.

 

Jalur Gemilang جالور ݢميلڠ[sunting | sunting sumber]

Ketika “Jalur Gemilang” dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan pada tarikh 9 Ogos 2003.             

Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

 

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa Merdeka

Semangat jaya kami warganya

 

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat

 

Jalur Gemilang dibawah naunganmu

Jalur Gemilang kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

 

Jalur Gemilang megah kami terasa

Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan

Merah, putih, biru, kuning

Jalur semangat kami semua

 

Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

 

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa Merdeka

Semangat jaya kami warganya

 

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat

 

Jalur Gemilang dibawah naunganmu

Jalur Gemilang kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

 

Jalur Gemilang megah kami terasa

Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan

Merah, putih, biru, kuning

Jalur semangat kami semua

Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah

Jalur Gemilang

Iklan sempena Hari Kemerdakaan & Hari Malaysia

Kebanyakan iklan komersial menyampaikan cerita yang bertema Hari Kemerdakaan & Hari Malaysia bagi meraikan hari yang amat penting bagi semua warganegara Malaysia.

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak. Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia. Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos. Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Iklan Merdeka Independence Day Malaysia National Day Hari Kebangsaan Commercial TVC Advert TV Advertisement

1.Iklan Petronas – Percintaan Tan Hong Ming

2.Iklan Proton-Kisah Seorang Budak Sekolah Dan Gurunya

3.Iklan Maxis-Andainya keluarga anda lebih besar dari yang disangka

4.Iklan Digi-We Are Family

5.Iklan Adabi-Malaysia Tetap Di Hati

6.Iklan Telekom-As One We Care

7.Iklan KLIA Malaysia Airports-Malaysiaku Gemilang

8.Iklan Maybank-Kenangilah Peristiwa Yang Menyatukan Kita Bersama

 

Filem Malaysia

Filem-filem Malaysia yang dipilih merupakan filem yang bertema patriotik, ia menyampaikan cerita-cerita yang menyentuh hati Orang Malaysia. Ia menceritakan kepentingan kesepaduan serta kegemilangan tanah airku  yang dibina oleh warganegara Malaysia.

olabola-movie-poster.jpg

 

  1. Ola Bola (Sinopsis)

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula berasa bosan dengan kerjanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

 

banner-1957.jpg

 

2.  1957 Hati Malaya (Sinopsis)

Hali (Rusdi Ramli, Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang Lee (Douglas Lim), mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 – Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan – rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar “pengorbanan” dan “Merdeka”.

Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman (lakonan Mohd Kamarulzaman Taib), pengasas Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan, dan Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nadzarine Nordin), pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

Cover.jpg

3. Leftenan Adnan

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Diskson.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

 

Lagu Hari Kebangsaan 2016

Sehati Sejiwa

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Tema sambutan Hari Kebangsaan 2016 “Sehati, Sejiwa”

01merdeka.transformed

 

KUALA LUMPUR: Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59, semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya mencapai kemajuan dalam dekad akan datang.”

Beliau berkata, adalah membanggakan bahawa kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menempa nama di pentas dunia dan kisah kejayaan ini meniupkan elemen-elemen yang boleh memberi inspirasi kepada negara dan kebanggaan menjadi warga Malaysia. “Kita harus mempertahankan kemerdekaan dan mengekalkan semangat bersatu-padu. Marilah kita mengekalkan semangat bersatu dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan perpaduan dalam apa jua yang kita lakukan,” katanya. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www1.bharian.com.my/node/170429

Nama & Makna Jalur Gemilang

merdeka2.jpg

Nama Jalur Gemilang نام جالور ݢميلڠ[sunting | sunting sumber]

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tumin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu hal yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

 

MODEKO.jpg

Bendera Malaysia

 

043486700_1441019152-malay5kopitiamekonomi.jpg

Jalur Gemilang. Nisbah bendera: 1:2

Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: بندرا مليسيا) dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk di bawah Perlembagaan Negara Malaysia). [1]

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

3 rekabentuk bendera yang terpilih didalam peringkat akhir Pertandingan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.jpg

Rekabentuk pertama adalah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Pendapat umum diambil kira ڤنداڤت عموم دأمبيل کيرا[sunting | sunting sumber]

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 rekabentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan rekabentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohammed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

CNq72u4UwAAGKTh.jpg

 

Reka bentuk terakhir dipilih ريک بنتوق تراخير[sunting | sunting sumber]

Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a crescent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

Reka bentuk diluluskan ريک بنتوق دلولوسکن[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

download

Upacara menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu pertama yang diadakan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950

Penubuhan Malaysia

Penubuhan Malaysia

52272_10151034677405952_786176059_o.jpg

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk menaklukan Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh Filipina terhadap Sabah. Pada tahun 1965, Singapore pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan ekonomi dari kaum Cina.

Negeri di Malaysia

peta_malaysia.png

Sejarah Malaysia

KEMERDEKAAN

pengisytharan_kemerdekaan

1.Sejarah Malaysia

-Sejarah Malaysia (سجاره مليسيا) adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia      

Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, Malaysia dan Indonesia berkongsi ciri yang sama iaitu ciri-ciri masyarakat Melayu Nusantara. Dunia Melayu ataupun Nusantara terdiri daripada wilayah-wilayah Maritim yang luas iaitu Pattani, Kalimantan, Sulawesi, Tanah Melayu, Tanah Jawa, Sumatera, Sulu( Mindanao), Papua, Timor, Kamboja dan Pulau Kalimantan. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negara – Malaysia, Indonesia, Philippine, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

malayasurrender

Zaman Penjajahan British

2.Zaman penjajahan

-Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan penduduk Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang,Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Malayan_Union_protest.png

Pembantahan terhadap Malayan Union

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingan yang dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwi warganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Lihat juga: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengisytiharan_Kemerdekaan_Tanah_Melayu